Travelogue: Cambodia - Siem Reap Day 3 Part 2
Setelah berpenat-lelah menongkah arus dan liku-liku perjalanan dari tasik Tonle Sap, kami gerak pula ke pusat kraftangan dan pembuatan sutera Khmer (orang2 Kemboja dipanggil Khmer by the way)... kalau tak silap nama tempat tu:
Artisans AngkorKat sini dia buat macam gallery la untuk barang-barang kraftangan Angkor termasuk kain2 sutera yang berwarna-warni. Cantik dan halus buatannya tapi sebab ini dah dikira semacam pusat kraftangan, so harga-harganya adalah agak mahal gitu. Galerinya cantik sekali & weols juga berpeluang tengok pembuatan kain sutera... yup, daripada tempat ulat-ulat sutera diternak sampailah suteranya ditenun & terus kena display kat gallery/import ke luar negeri.
Inilah galerinya
.Ulat-ulat sutera diternak sampai kimpah jadi kepompong, dituai dan dikeringkan sebelum diproses
Selepas diproses dan ditenun jadi kain terus dipamerkan digaleri buat tatapan diva-diva yang tak membeli pun sebenarnya ops
Mini Angkor
Hari pun dah nak dekat-dekat senja gitu. So lepas pekena ice cream magnum kat Pekan Siem Reap kitorang terus pulak ke mini Angkor yang menempatkan replika Angkor Wat temple2 di sekelilingnya dalam saiz yang boleh menjadikan kitorang jadi rasaksa dalam citer Ultraman:
Pakcik baju putih tu la yang telah bersusah-payah mengukir & membuat semua ini... cayorklaa pokcikBy this time perut dah main rebana ubi...so untuk menyelam sambil minum air (makan sambil fulfilling the theme of the day which is cultural ) kitorang ingat nak cari restoran yang ada cultural show. Skali jumpa la satu hotel ke restoran ke apa tah tak ingat, memang terer la supir ktorang... agak grand jugak la siap ada buffet bagai which was quite cheap. So kitorang yang busuk2 ni of course la tak menyempat2 nak balik hotel dulu terus redah je sebab dah lapar sangat.
Apsara Dance Buffet
Disinilah sejarah tercipta yang a few of us dah termakan cik babs yang terselit sebagai cebisan-cebisan kecil dalam omelette. Matilaaa aku habiskan a few pieces... ewwww terus teringat babi ternakan floating village pagi tadi. Uwekkk. But apart from that, the food was pleasant accompanied by the Khmer classical dance show. Alaaa dance ni adalah tarian tradisional Khmer yang ala-ala Mak Yong gitu. Kak Wiki dari tadi asik senyap je tak bersuara... cuba gossip2 sikit kat I pasal dance ni pls?
Kak Wiki kata orang selalu sebut Khmer classical dance ni as Apsara dance tapi tu salah uols... Apsara is modern... Khmer classical ni golongan-golongan bangsawan, puteri2 dan dayang2 diraja Khmer je yang perform masa zaman kolonisasi Peranchis di Kemboja dulu tapi sekarang org biasa pun dah boleh perform. Seperti kebanyakan tarian-tarian lain di Asia, tarian2 diorang ni pun ada cerita dan dramanya tersendiri yang kami pun tak paham apatah lagi semasa sedang khusyuk concentrate mentekedarah kan.

Tu dia telur-telur dadar yang ada cebisan2 sayur itu pun sebenarnya ada cik bab katanyer chef... dah tanya server tu mula2 kata tak ada... bila dah telan sekeping dua baru la head chef tu bagitau. Ko tengok Nazham mengunyah kesedapan... ew. Sebenarnya nak tunjuk ambience restoran je hiks. And of course the divine dancers that looked so veri der celestial with the costumes and head dress segala. Memang kelasss.
Ok uols... tu sajork buat hari iniew yg sangat cultural. Esok harinya kami bergerak pula ke Phnom Penh, ibu negara Kemboja, menggunakan bas express. 5 jam jugak la journey dia... but will story-mory again later.
Bersambung...